suria

Kelab Real Madrid Terima Bonus Tertinggi RM251.51 juta

Kelab Real Madrid dinobatkan juara Liga Juara-Juara musim 2013/14.

KELAB Real Madrid meraih bonus bernilai £46 juta  (RM251.51 juta) selepas merangkul gelaran trofi Liga Juara-Juara musim lalu.

La Decima menerima bonus insentif dari Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) apabila menewaskan Atletico Madrid 4-1 pada aksi final di Lisbon sekaligus mencatat kejayaan pertama sejak 2002 dan trofi ke-10 kelab itu keseluruhannya.

UEFA menyalurkan tabung insentif sebanyak £726 juta (RM3969.55 juta) diagihkan kepada 32 kelab yang layak ke pusingan peringkat kumpulan.

Atletico menerima habuan sebanyak £40.1 juta (RM219.25 juta).

Sementara itu Paris Saint-Germain yang mara ke suku akhir meraih  £43.7 juta (RM238.94) hasil keuntungan siaran TV Perancis.

Bagaimanapun UEFA terpaksa menolak £16 (RM87.48 juta) sebagai denda kerana melanggar peraturan Financial Fair Play (FFP).

Manakala Manchester United, Chelsea,Bayern Munich dan Barcelona turut mendapat habuan walaupun gagal mara ke final.

United yang tewas kepada Bayern dalam aksi suku akhir meraih £34.85 juta, melebihi pasukan jirannya, Manchester City £28.4 juta.

Chelsea tewas kepada Atletico pada aksi separuh akhir mendapat £34.85 juta, manakala Arsenal membawa pulang  £21.87 juta.

Kelab dari Belgium, Anderlecht mendapat habuan paling rendah iaitu £9.7 juta.

real madrid, liga juara-juara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain