suria

Wimbledon: Peluang Nadal Balas Dendam Ke Atas Rosol

JUARA Terbuka Perancis, Rafael Nadal bakal bertemu dengan Lukas Rosol pada pusingan kedua Kejuaraan Wimbledon pada Khamis.

Pemain Republik Czech yang kini berada di ranking ke-52 dunia pernah memberi kenangan pahit pahit kepada bintang Sepanyol itu selepas menang pada aksi Wimbledon 2012.

Menurut pemain no. 1 dunia ini, dia perlu berhati-hati apabila berdepan dengan Rosol dan perlawanan ini juga dianggap aksi balas dendam selepas tewas dalam aksi sama dua tahun lalu.

 "Dia seorang pemain yang bagus beraksi di gelanggang ini. 

"Saya tewas kepadanya kerana Rosol merupakan pemain yang bijak dan agresif.

"Jika ingin menang, saya perlu bermain di tahap yang terbaik," jelas Nadal yang merangkul kejuaraan pada tahun 2008 dan 2010.

wimbledon, nadal, rosol

Artikel Lain