suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea Tawar Toni Kroos Gaji £125,000 Seminggu

CHELSEA tampil dengan kejutan apabila menawarkan pemain Bayern Minuch, Toni Kroos gaji sebanyak £125,000 menerusi kontrak lima tahun.

Kroos yang telah menolak tawaran penyambungan kontrak di Munich sedang mengintai untuk meneruskan kariernya di beberapa kelab gergasi dan kesempatan itu digunakan Chelsea dengan membuat tawaran.

Sebelum ini, Manchester United dan Real Madrid antara kelab yang telah membuat 'lamaran' terhadap Kroos sebelum Chelsea tampil dengan kejutan.

Chelsea juga sedia membayar sebanyak £15 juta sebagai yuran pemindahan pemain berusia 24 tahun itu selain gaji tersebut.

Kroos dijangka akan memutuskan kelab yang akan disertai selepas Jerman menamatkan kempen Piala Dunia di Brazil.

Chelsea

Artikel Lain