MANCHESTER City telah selesai menandatangani pemain tengah (pertahanan) Brazil yang beraksi untuk Porto, Fernando dengan yuran perpindahan sebanyak £12 juta.
Satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh kelab itu pada petang Rabu mengesahkan pemain berusia 26 tahun terbabit yang mewakili Porto sejak 2007 telah berhijrah ke City.
Kenyataan itu yang dihantar oleh Porto kepada Suruhanjaya Sekuriti Pasaran Portugal (CMVM) menyebut, "FC Porto ingin memaklumkan satu persetujuan telah dicapai dengan Manchester City bagi pemindahan tetap pemain bola sepak profesional, Fernando Reges dengan yuran sebanyak Euro 15 juta."
Fernando merupakan pemain kedua yang berjaya dipikat City selepas bekas pemain Arsenal, Bacary Sagna baru-baru ini.
Kemasukkan Fernando ke kem City memberi pilihan kepada jurulatihnya, Manuel Pelegrini dalam menentukan pemain tengah yang terdiri daripada Yaya Toure, Fernandinho dan Javi Garcia.

Fernando (kiri) bakal menguatkan bahagian tengah City dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim depan.


