suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala Dunia: Nigeria, Argentina Ke Kelompok 16 Terakhir

Messi menyumbangkan dua gol membantu kemenangan Argentina ke atas Nigeria dalam perlawanan awal pagi Khamis.
LIONEL Messi meneruskan usaha peribadinya untuk menjadi bintang Piala Dunia dengan membantu Argentina menewaskan Nigeria 3-2.

Walaupun tewas, tetapi Nigeria masih layak untuk mengiringi Argentina ke peringkat 16 terakhir.

Pemain Barcelona itu tidak menunggu lama untuk menyumbangkan gol pertama kepada pasukannya apabila sepakannya berjaya menembusi gawang lawan seawal minit ketiga.

Nigeria, yang juga telah layak ke peringkat kalah mati buat kali pertama sejak tahun 1998 berterima kasih kepada Iran yang kalah kepada Bosnia 3-1.

Gol pertama Nigeria diperolehi seminit selepas Argentina meraikan gol pertama mereka menerusi Ahmed Musa.

Argentina memastikan kedudukan teratas kumpulan F dengan tiga gol berbalas dua.

Gol kedua Argentina turut disumbangkan Messi, kedua-duanya pada separuh masa pertama manakala Rojo menghadiahkan gol kemenangan pada minit ke-50.

Musa turut menyumbangkan gol keduanya untuk Nigeria pada minit ke-48.

Argentina akan menentang naib juara Kumpulan E, manakala Nigeria akan berdepan Perancis selaku juara Kumpulan E.
Lionel Messi, Nigeria

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain