suria

Arsenal Sudah Bincang Perpindahan Alexis Sanchez

Alexis Sanchez. Foto AP

ARSENE Wenger difahamkan telah mengadakan rundingan dengan wakil Alexis Sanchez bagi mendapatkan pemain Barcelona itu.

Pengurus Arsenal itu dipercayai berjumpa dengan wakil Sanchez pada minggu lepas bagi membincangkan mengenai perpindahan itu selepas pemain berusia 25 tahun itu membantu negaranya dalam skuad Sepanyol pada Piala Dunia.

Akhbar Sepanyol, El Mundo Deportivo mendakwa bahawa ejen Sanchez pada masa ini sedang meraih tawaran daripada beberapa kelab bola sepak termasuk Liverpool dan Arsenal.

Juventus merupakan satu lagi yang menunjukkan minat dan dipercayai sudah menyediakan tawaran £18 juta bagi mendapatkan pemain Barcelona itu..

Arsenal kelihatan terdesak untuk mendapatkan penyerang baharu pada musim panas ini dan Wenger telah menolak kemungkinan untuk membawa Mario Balotelli ke utara London. - metro.co.uk

Arsene Wenger, Arsenal, Barcelona

Artikel Lain