suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wimbledon: Federer Iringi Nadal Ke Pusingan Kedua

ROGER Federer mara ke pusingan kedua Kejuaraan Wimbledon selepas menang ke atas pemain Itali, Paolo Lorenzi, 6-1 6-1 6-3 pada aksi lewat selasa malam.

Jaguh Switzerland yang menjadi pemain pilihan keempat ini tidak berdepan dengan aksi sukar ketika bertemu pemain di ranking ke-83 itu.

Federer bakal mengiringi pemain no.1 dunia, Rafael Nadal melangkah ke aksi kedua selepas turut menang ke atas pemain Slovakia, Martin Klizan.

Manakala juara Terbuka Australia, Stanislas Wawrinka mengetepikan pemain Portugal, Joao Sousa  6-3 6-4 6-3.

roger federer, wimbledom

Artikel Lain