suria

Tersingkir Aksi Piala Dunia, Jurulatih Itali Letak Jawatan

Prandelli (kanan) memujuk penjaga gol Gianluigi Buffon selepas tewas kepada Uruguay, Rabu.

JURULATIH Itali, Casere Prandelli meletak jawatan selepas kekalahan 1-0 kepada Uruguay pada aksi awal pagi Rabu.

Kekalahan tersebut menyaksikan Itali menamatkan saingan Kumpulan D di tempat ketiga, manakala Uruguay di tempat kedua di belakang Costa Rica.

Prandelli menggantikan Marcello Lippi sebagai bos Itali selepas Piala Dunia 2010.

Itali mencatat rekod menghampakan aksi Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut tersingkir di peringkat kumpulan.

Kali terakhir menjulang trofi berprestij ini pada tahun 2006.

“Saya ada bertemu dengan presiden (Persatuan Bola Sepak Itali) dan menyerahkan surat perletakan jawatan.

“Perancangan teknikal tidak berjalan dengan baik, dan saya bertanggungjawab dengan semua ini.

“Sesuatu telah berlaku semenjak saya mengambil alih tugas di sini. 

“Saya tidak tahu kenapa, tetapi yang jelas segalanya tidak berjalan dengan lancar dan sebab itulah saya membuat keputusan ini,” jelasnya.

Tambahnya lagi, perlawanan dilihat seimbang, namun keputusan tersingkir awal telah mengubah segalanya.

Presiden persatuan, Giancarlo Abete dijangka turut mengambil keputusan ini.

“Saya akan berjumpa dengan ahli jawatankuasa persatuan dan menawarkan perletakan jawatan.

"Saya sudah membuat keputusan sebelum Piala Dunia bermula,” katanya.

iltali, casere prandelli

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain