suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala Dunia: Jurulatih Iran Letak Jawatan

JURULATIH Iran, Carlos Queiroz meletak jawatan  sebaik sahaja saingan Piala Dunia peringkat Kumpulan F berakhir awal pagi Khamis.

Iran tewas 1-3 kepada Bosnia and Herzegovina sekaligus meletakkan pasukan itu di kedudukan paling bawah kumpulan.

Bekas pembantu Sir Alex Ferguson di Manchester United ini mendedahkan pengurusan bola sepak Iran tidak menawarkan kontrak baharu kepadanya.

"Saya telah menunjukkan komitmen dalam projek ini, tetapi saya tidak menerima sebarang tawaran baharu.

"Bagaimanapun satu penghargaan buat saya ketika bersama pasukan Iran, dan gembira berada i sini.

"Terima kasih kepada semua yang memberi komitmen sepanjang saya mengendalikahn tugas ini," jelasnya.

Queiroz,61, pernah melatih negara Portugal pada tahun 2008-2010.

Carlos Queiroz, Iran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain