suria

Hodgson Mahu Gerrard Kekal Dalam Skuad England

PENGURUS England, Roy Hodgson mahu Steven Gerrard terus beraksi untuk England.

Pada Ahad, Gerrard memberitahu dia memerlukan masa beberapa minggu untuk membuat keputusan sama ada mahu bersama menerusi aksi bersama England ataupun 'gantung but'.

Kapten England yang genap usia 34 tahun bulan lalu mengalami masalah sakit belakang dan terpaksa meminta untuk menggunakan ubat penahan sakit pada ketika aksi menentang Uruguay Khamis lalu.

Ayam tambatan Liverpool ini bakal beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan dan dalam masa sama akan sibuk dengan jadual perlawanan tempatan.

Namun Hodgson tetap mahu melihat Gerrard terus beraksi di tahap tertinggi.

"Pengurus meminta saya untuk terus bersama pasukan," jelas Gerrard.

Dan dalam masa sama juga Hodgson mengakui mahu Gerrard bergelar kapten pasukan.

Bagi Gerrard, penyingkiran awal pasukan England dalam saingan Piala Dunia amat mengecewakannya.

"Apabila bergelar  seorang pemain England, kapten, dan sebagai penyokong kamu akan berkerja kuar untuk berada dalam posisi ini, mengambil masa dua tahun untuk ke Piala Dunia.

"Dan tahap kepercayaan dan keyakinan untuk bermain memuncak, malangnya tersingkir dalam tempoh hanya beberapa hari.

"Ia satu situasi yang sukar.

"Saya menyalahkan sesiapa, dan akan cuba menerima hakikat ini," jelas Gerrard.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain