suria

Nigeria Didakwa Atur Perlawanan, Pengadil Jadi Dalang

NIGERIA didakwa telah mengatur perlawanan ketika pasukan itu menang 1-0 keatas Bosnia Herzegovina dalam saingan kumpulan F pada Ahad.

Dakwaan itu timbul dan mula menjadi viral dikalangan pengguna laman sosial selepas rakaman gambar menunjukkan pengadil perlawanan turut meraikan kemenangan skuad Super Eagles.

Nigeria berjaya mengutip tiga mata penuh menerusi jaringan Peter Odemwingie, manakala gol Bosnia hasil jaringan Edin Dzeko dinafikan pengadil perlawanan walaupun rakaman menunjukkan sebaliknya.

Dalam gambar yang disebarkan, kelihatan pengadil perlawanan, Peter O’Leary bergembira dan meraikan kemenangan Nigeria bersama penjaga gol pasukan bimbingan Stephen Keshi (gambar bawah).

View image on Twitter

Kegembiraan pengadil dan penjaga gol itu berlaku ketika pemain Nigeria lain sedang sibuk memujuk pemain Bosnia yang hampa selepas mereka gagal ke pusingan kalah mati.

Sehubungan itu juga, petisyen bagi membantah perlawanan berkenaan telah dilancarkan supaya Bosnia mendapat keadilan yang sepatutnya.


Video ambar bawah menunjukkan jaringan Dzeko yang tidak off side.

Nigeria, Bosnia Herzegovina

Artikel Lain