suria

Harapan Terakhir, England Harap Costa Rica Kalah

Roy Hodgson termenung mengenangkan nasib pasukannya yang tewas kepada Uruguay.

HARAPAN Roy Hodgson untuk membawa Englang ke peringkat kalah mati kini bersandar kepada kekalahan pasukan Costa Rica dalam dua perlawanan terakhir kumpulan D.

Harapan tipis skuad England itu berpunca daripada kekalahan 1-2 kepada Uruguay dalam perlawanan kedua awal pagi Jumaat.

England yang ketinggalan dengan jaringan pembukaan Luis Suarez bagaimanapun berjaya bangkit menerusi jaringan lewat Wayne Rooney pada minit ke-75.

Harapan England untuk mengutip mata pertama tidak kesampaian apabila Suarez yang dijulang di Liverpool tampil sebagai pemusnah dengan menambah jaringan untuk Uruguay pada minit ke-84.

Berikutan kekalahan itu, England perlu mengharapkan Costa Rica tewas kepada Italy serta mereka menang terhadap pasukan berkenaan dalam perlawanan terakhir.

Bagaimanapun, pengkritik bola sepak menasihatkan pasukan England khususnya Hodgson kini berfikir untuk bersiar-siar di Brazil sebelum pulang ke tanah air mereka tanpa perlu mendoakan kekalahan pasukan lain.

England

Artikel Berikut

Artikel Lain