suria

Jerman 100 Peratus Sedia - Joachim Low

Low (kiri) memantau sesi latihan menjelang perlawanan bertemu Portugal awal pagi Selasa.

MENJELANG perlawanan pembukaan Kumpulan G pada awal pagi Selasa, jurulatih Jerman Joachim Low positif pasukannya 100 peratus berada dalam posisi terbaik.

Selepas berdepan dengan kecederaan beberapa pemain utamanya sebelum Piala Dunia bermula, Low berkata, masalah itu dapat diatasi.

"Saya yakin kami sudah melakukan persiapan yang mantap. 

"Ketika persiapan bagi kejohanan ini, kami berdepan dengan beberapa kecederaan namun kini semuanya sudah pulih.

"Manuel Neuer, Philipp Lahm (kapten), Bastian Schweinsteiger dan Sami Khedira telah menjalani latihan dengan baik.

"Saya boleh pastikan semua pemain berada dalam keadaan cergas 100 peratus esok," jelasnya.

Sementara itu, penjaga gol Jerman, Neuer menganggap perlawanan bertemu Portugal ini seperti aksi akhir.

"Sebelum perlawanan kamu tidak tahu di mana akan berada. Selepas itu sudah tentu kamu tahu lebih daripada perlawanan.

"Saya yakin semua pasukan yang beraksi di sini telah melakukan persediaan terbaik.

Kami juga sudah bersedia berdepan dengan perlawanan pertama.

"Lawan kami bukan calang-calang pasukan yang semakin meningkat dari tahun ke tahun.

"Jadi saya menganggap ia sebagai medan perlawanan akhir. Esok akan tahu sejauh mana kehebatan kami," katanya.

Sebagai rekod, Jerman pernah bergelar juara Piala Dunia pada tahun 1954,1974 dan 1990 manakala edisi 2006, 2010 mereka berada di tempat ketiga.

Piala dunia, bola sepak, Jerman

Artikel Lain