suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jepun: Kawashima Desak Rakan Sepasukan Bangkit

PENJAGA gol Jepun, Eiji Kawashima mendesak rakan sepasukannya agar bersedia untuk bangkit berjuang bagi memastikan harapan dalam aksi Piala Dunia terus 'bernyawa'.

"Penting buat kami untuk berada dalam keadaan bersedia. Kami perlu menukar bentuk pemikiran untuk perlawanan selepas ini.

"Kami perlu memberi 100 peratus fokus untuk menang.

"Kami sebuah pasukan yang bagus dan mempunyai tahap keyakinan yang tinggi. Jadi kami tidak boleh tewas untuk kali kedua," jelas Kawashima.

Manakala jurulatih pasukan, Alberto Zaccheroni mengakui dia perlu berfikir lebih jauh selepas tewas 2-1 kepada Ivory Coast Sabtu lalu.

Jepun bakal berdepan dengan Greece Khamis ini sebelum bertemu Colombia bagi perlawanan terakhir peringkat Kumpulan C.

Piala dunia, bola sepak, Jepun

Artikel Berikut

Artikel Lain