suria

Piala Dunia: Costa Rica Jejaskan Saingan Tewaskan Uruguay

Pemain pertahanan Costa Rica, Oscar Duarte (kiri) membuat tandukan kemas bagi membolosi gawang Uruguay sekali gus memberikan jaringan kedua buat pasukan itu dalam perlawanan Piala Dunia 2014 Kumpulan D antara Costa Rica dan Uruguay di Stadium Castelao Stadium di Fortaleza pada awal pagi Ahad. Foto AFP

COSTA Rica membuat kejutan yang berhasil apabila menundukkan pertahanan Uruguay yang tampil beraksi cemerlang. Walaupun ketinggalan satu jaringan pada separuh masa pertama, namun pasukan Los Ticos itu mengejar mata menjadikan 3-1 di akhir perlawanan sekali gus menjejaskan skema persaingan dalam Kumpulan D.

Kualiti individu yang dimiliki oleh Uruguay mampu tampil lebih ganas dalam menyerang yang dibawakan oleh Edinson Cavani dan Forlan dalam babak pertama. Namun Costa Rica bernasib baik kerana memiliki penjaga gol terbaik menerusi La Liga, Keylor Navas.

Ketangkasan Navas berhasil dengan menyelamatkan gawang Costa Rica dengan beberapa kawalan cemerlangnya

Uruguay mendapatkan hadiah penalti pada minit ke-24 setelah Diego Lugano dijatuhkan oleh Junior Diaz di dalam petak penalti. Cavani yang maju dengan tendangannya membolosi kawalan Navas. Kedudukan 1-0 terus bertahan sehingga memasuki separuh masa kedua.

Bagaimanapun, separuh masa kedua pula menyaksikan kecemerlangan Costa Rica yang memusnahkan benteng pertahanan Uruguay yang dimulakan dengan jaringan Joel Campbell pada minit ke-54. Penyerang milik Arsenal itu berjaya menggegarkan gawang Fernando Muslera dengan aksi tendangannya. 

Hanya selang tiga minit pada minit ke-57, Costa Rica terus mengungguli menerusi tandukan kemas Oscar Duarte yang memanfaatkan tendangan bebas Cristian Bolanos. La Celeste dalam persaingannya.

Menerusi skema serangan balik, Costa Rica terus memperkukuhkan kedudukan kepada 3-1 dengan aksi Marco Urena yang masuk menggantikan kapten Bryan Ruiz pada minit-83 yang menghasilkan satu jaringan.

Senarai pemain:

Uruguay: Muslera, Lugano, Pereira, Cáceres, Godín, C. Rodríguez (76' A. Hernandez), Gargano (60' Gonzalez), Arévalo, Forlán (60' Lodeiro), Cavani, Stuani.

Costa Rica: Navas, Umaña, Díaz, Duarte, Gamboa, González, Borges, Bolaños (89' Barrantes), Tejeda (74' Cubero), Ruiz (83' Urena), Campbell.

Statistik:

Jaringan: Costa Rica 3 - 1 Uruguay

Penguasaan Bola: Uruguay 52% - 48% Costa Rica

Tendangan ke gawang: Uruguay 9 - 12 Kosta Rika

Kad Kuning: Lugano, Caceres, Gargano (Uruguay)

Kad Merah: Pereira (Uruguay)

piala dunia, costa rica, uruguay

Artikel Berikut

Keputusan Piala Dunia

Artikel Lain