suria

Piala Dunia: Colombia Begitu Mudah Tumpaskan Greece 3-0

Aksi pemain Colombia, Teofilo Gutierrez ketika membuat jaringan kedua buat pasukan itu dalam perlawanan Piala Dunia 2014 bagi Kumpulan C ketika menentang Greece dengan kemenangan 3-0 di Stadium Mineirao di Belo Horizonte, Brazil pada awal pagi Ahad. Foto AP

COLOMBIA mempamerkan aksi kecemerlangannya menerusi kemenangan tidak dijangka apabila menumpaskan Greece dalam perlawanan Piala Dunia 2014 bagi Kumpulan C di Belo Horizonte, Brazil, awal pagi Ahad.

Pada minit kelima, Cristian Zapata dari Combia cuba mengancam gawang Greece dari tendakan di luar kotak penalti, tetapi berjaya dikawal oleh penjaga gol, Orestis Karnezis.

Bagaimanapun, Pablo Armero meraih gol pembukaan pada minit keenam sekali gus menggegarkan gawang Karnezis dengan 1-0.

Selepas gol pertama, Greece cuba untuk meningkatkan kawalan terhadap serangan. Mereka juga mencuba beberapa kali untuk mendapakan jaringan bagi mengimbangi dengan pasukan lawan.

Jose Holebas nyaris menyamakan kedudukan pada minit ke-27 menerusi tandukan bola tetapi tersasar ke sisi gawang Colombia.

Greece kembali memberi ancaman pada minit ke-43, Panagia Kone melepaskan tendangan dari luar kotak penalti tetapi ia begitu muda dikawal sempurna oleh penjaga gol Combia sehingga skor 1-0 masih terus bertahan untuk Colombia menamatkan separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, James Rodriguez membolosi masuk ke kotak penalti Greece pada minit ke-49 namun dipertahankan oleh Karnezis.

Colombia bagaimanapun mencatatkan gol kedua menerusi jaringan pada minit ke-58 oleh Teofilo Guttierrez.

Dua jaringan Colombia tidak membuatkan pasukan Jose Pekerman melemahkan strategi serangan. Mereka terus mempergiatkan pertahanan Greece.

Pada minit ke-70, pemain Greece cuba melakukan serangan di luar kotak penalti Colombia yang kemudiannya diakhiri dengan tendangan Mitroglou, tetapi bola itu tidak masuk ke gawang selepas mengenai tangan penjaga gol yang pantas mempertahankan gawangnya.

Bagaimanapun, James Rodriguez dari Colombia berjaya meraihkan satu lagi jaringan pada minit tambahan sekali gus menewaskan Greece begitu mudah dengan keputusan 3-0. 

Senarai Pemain:

Colombia: Ospina, Zuniga, Zapata, Yepes, Armero, Aguilar, Sanchez, Ibarbo, Rodriguez, Cuadrado, Gutierrez. Subs: Mejia, Arias, Martinez. 

Greece: Karnezis, Holebas, Papastathopoulos, Manolas, Torosidis, Kone, Maniatis, Samaras, Katsouranis, Salpingidis, Gekas. Subs: Fetfatzidis, Karagounis, Mitroglou.

Statistik

Penguasaan bola: Colombia 46 - 54 Greece

Jaringan: Armero 5', Gutierrez 58', Rodriguez 90+3'

piala dunia, colombia, greece

Artikel Sebelum

Artikel Lain