suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jurulatih Croatia Berang Terhadap Pengadil Dari Jepun

JURULATIH Croatia, Niko Kovac menyifatkan penalti yang diperolehi Brazil sebagai sesuatu yang memalukan selepas pasukannya tumpas 1-3 kepada skuad tuan rumah dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia, pagi Jumaat.

Anak didik Kovac berjaya berada di depan seawal minit ke-11 selepas pemain tuan rumah, Marcelo meledakkan gol sendiri.

Kedudukan yang menyebelahi Croatia hingga ke babak kedua itu hampir memalukan pasukan Brazil sebelum pengadil dari Jepun, Yuichi Nishimura menghadiahkan penalti pada minit ke-69.

Kovac dilaporkan berang dengan tindakan pengadil selepas Dejan Lovren dianggap menggasari Fred sedangkan ulang tayang mendapati tindakan itu hanya minimum.

"Jika sebab (kekasaran) itu  penalti, kami perlu bermain bila keranjang dan bukannya bola sepak.

"Ia sangat memalukan, jika dia terus seperti ini, anda akan lihat 100 penalti," jelas Kovac.

Brazil, Croatia

Artikel Berikut

Artikel Lain