suria

Olivier Giroud Ramal Arsenal Bawa Penyerang Baharu

Olivier Giroud. Foto AP

OLIVIER Giroud meramalkan pasukannya Arsenal pasti akan membawa penyerang baharu pada perlawanan musim panas tahun ini.

Pemain warga Perancis itu berkata, The Gunners itu sememangnya memerlukan penyerang baharu dalam pasukan itu.

Sepanjang musim 2013/14, Olivier Groud merupakan penyerang yang disanjungi pengurus Arsene Wenger.

Giroud merupakan pemain yang meraih banyak jaringan buat The Gunners sepanjang musim lalu dengan rekod 22 gol.

"Saya muda untuk memberitahu bahawa Arsenal akan membawakan penyerang baharu. Kami memerlukan penyerang tambahan. Kelab besar biasanya memiliki beberapa penyerang yang bagus, yang saling bersaing antara satu sama lain," katanya.

Sejak Januari lalu, Arsenal disebut-sebut akan membawa masuk penyerang baharu membarisi Giroud namun sehingga kini belum ada pelaksanaannya. 

Setakat ini, beberapa nama disenaraikan dan dikaitkan dengan Arsenal seperti penyerang Porto, Jackson Martinez, Mario Balotelli (AC Milan), sehingga ke Jean-Christophe Bahebeck (Paris Saint-Germain).

Olivier Giroud, Arsenal, The Gunners

Artikel Lain