suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ricciardo Takluk GP Kanada

Ricciardo mencipta kejutan di Litar Gilles Villeneuve, Montreal.
PELUMBA Australia, Daniel Ricciardo melakar kejutan apabila memperoleh kemenangan pertamanya pada perlumbaan Formula Satu (F1) selepas mencatat masa terpantas di Grand Prix Kanada, awal pagi Isnin.

Ricciardo diikuti rapat pelumba Mercedes, Nico Rosberg yang menamatkan saingan di tempat kedua selepas bermula di petak hadapan sebelum saingan bertukar sengit di Litar Gilles Villeneuve, Montreal.

Juara tahun lalu, Sebastian Vettel dari Red Bull sekadar menduduki tempat ketiga.

"Saya masih lagi terkejut dan pada masa sama merasakan kemenangan ini sesuatu yang menakjubkan," katanya.

Rosberg masih kekal sebagai pendahulu kejuaraan dengan 22 mata manakala rakan sepasukannya, Lewis Hamilton terpaksa menamatkan saingan pada pusingan ke-49 selepas jenteranya menghadapi masalah brek belakang.

"Ia perlumbaan hujung minggu yang baik dan kutipan mata amat penting. Jadi saya amat gembira sekarang," kata Rosberg yang menang di Monaco, dua minggu lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain