suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nadal Rangkul Trofi Kesembilan Terbuka Perancis

Rafael Nadal.
RAJA gelanggang tanah liat, Rafael Nadal merangkul trofi Terbuka Perancis buat kali kesembilan selepas menewaskan Novak Djokovic 3-6 7-5 6-2 6-4, awal pagi Isnin.

Pemain No.1 dunia dari Sepanyol itu menjadi pemain lelaki pertama memenangi lima kejuaraan di Roland Garros, menjadikan jumlah grand slamnya kepada 14.

Djokovic bermula dengan baik tetapi bergelut dengan keadaan cuaca yang panas terik selepas tewas pada set kedua.

Nadal, 28, hanya tewas sekali daripada 67 permainannya di gelanggang tanah liat di Paris.

"Pada perlawanan seperti ini, setiap saat amat penting. Bermain menentang Novak merupakan cabaran terbesar, saya pernah tewas kepadanya sebanyak empat kali.

"Saya minta maaf kepadanya hari ini, dia layak memenangi kejohanan ini," kata Nadal.

Rafael Nadal, Terbuka Perancis, juara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain