suria

Skuad Cameroon Enggan Naik Pesawat Ke Brazil

Song (kanan) dan E'to antara pemain Cameroon yang tidak berpuas hati dengan isu bonus.
SKUAD Piala Dunia Cameroon didakwa enggan menaiki pesawat ke Brazil kerana tidak puas hati dengan jumlah bonus yang ditawarkan, lapor sebuah akhbat sukan Perancis, L'Equipe.

Laman web akhbar itu juga mendakwa skuad berkenaan sebaliknya terus menetap di hotel yang disediakan di ibu negara Cameroon, Yaounde.

Insiden itu menyebabkan wakil media berkampung di luar ibu pejabat Persekutuan Bola Sepak Cameroon bagi mendapatkan berita terkini berhubung perkara itu.

Pemain yang mewakili negara itu sepatutnya meneruskan perjalanan ke Sao Paulo pada pagi Ahad menaiki pesawat khas yang disewa Presiden Cameroon, Paul Biya.

Pemain dikatakan tidak berpuas hati kerana jumlah yang ditawarkan rendah dan tidak seperti yang dijangkakan.

Bagaimanapun, selepas 12 jam berbincang, akhirnya pasukan itu dikatakan berjaya menyelesaikan isu berkenaan.

Kedua-dua kerajaan dan badan bola sepak negara, Fecafoot  memutuskan akan menyerahkan 5.8 Juta CFA francs atau 7,200 paun iaitu lebih 50 juta CFA francs daripada tawaran asal kepada pemain yang menyertai skuad kebangsaan ke Piala Dunia.

"Semuanya sudah okay dan pasukan akan berlepas ke Brazil malam ini.

"Kami terpaksa meminjam sejumlah wang untuk memuaskan hati pemain," kata jurucakap Fecafoot.

Sebelum ini, ada dakwaan menyatakan pemain sedang mempertimbangkan untuk mengadakan mogok sejak dua minggu lalu ketika melalui sesi latihan, bagaimanapun menangguhkannya.

Setakat ini, Cameroon turut bermain pada perlawanan persahabatan  apabila seri 2-2 bersama Jerman dan menewaskan Moldova 1-0 pada Sabtu.

Situasi makin meruncing sebaik pasukan itu selesai melalui perlawanan persahabatan itu.

Pasukan Cameroon yang diuruskan jurulatih Jerman, Volker Finke dijangka memulakan kempen Piala Dunia tahun ini dengan menentang Mexico pada Jumaat ini.

Diletakkan dalam kumpulan A, Cameroon akan berdepan pasukan tuan rumah, Brazil dan Croatia.

Semua 23 pemain yang disenaraikan Finke dalam skuad Piala Dunia negara itu termasuk Samuel Eto’o, Benoit Assou-Ekotto and Barcelona’s Alex Song.

Kejadian ini bukan yang pertama membabitkan isu kewangan, malah ia pernah berlaku pada Piala Dunia 1994 dan 2002.

Cameroon, Piala Dunia, bonus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain