suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Klose Pecah Rekod 40 Tahun Penjaring Terbanyak Jerman

MIROSLAV Klose menjadi penjaring terbanyak Jerman selepas memecahkan rekod 40 tahun milik Gerd Mueller pada aksi persahabatan menentang Armenia awal pagi Sabtu.

Klose mencatat jumlah gol ke-69 miliknya pada minit ke-72 permainan sekaligus membantu kemenangan Jerman 4-1 pada aksi tersebut.

Sebelum itu, Mueller yang bakal menyambut hari lahir yang ke-36 pada 9 Jun ini merekodkan 68 gol dalam 62 perlawanan.

Klose berjaya memecah rekod jumlah gol Jerman sejak tahun 1974.

Pemain veteran ini bersama pasukan Jerman bermain aksi pemanas badan sebelum aksi Piala Dunia bermula 12 Jun ini.

Jerman diundi berada dalam Kumpulan G bersama Ghana, Amerika Syarikat dan Portugal.

Miroslav Klose, Jerman, Gerd Mueller

Artikel Lain