suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hafiz Diketepikan Pada Aksi Kejohanan Hoki Dunia

Muhammad Dhaarma Raj Abdullah

KUALA LUMPUR: Penyerang skuad negara, Hafifi Hafiz Hanafi menjadi pemain kedua yang terpaksa diketepikan daripada Kejohanan Hoki Piala Dunia 2014 di Belanda.

Jurulatih negara  Muhammad Dhaarma Raj Abdullah berkata pemain berkenaan mengalami kecederaan bahu selepas bertembung dengan penjaga gol England ketika Malaysia kalah 0-2 kepada pasukan kendalian Bobby Crutchley itu pada Jumaat.

"Doktor yang merawat Hafifi Hafiz mengesahkan beliau perlu berehat sekurang-kurangnya lapan minggu dan saya terpaksa mengambil keputusan yang berat untuk mengenepikan beliau daripada baki dua perlawanan selepas ini, " katanya kepada pemberita menerusi aplikasi Whatsapp, Sabtu.

Pemain pertahanan negara kelahiran Jerman, Kevin Lim sebelum ini disisihkan selepas mengalami kecederaan hamstring ketika aksi pemanas badan skuad negara menentang sebuah kelab tempatan Belanda.

Dalam pada itu, Muhammad Dhaarma mengharapkan skuad negara dapat mengalahkan India pada aksi keempat kumpulan A di Stadium GreenFields, esok.

"Saya akui saingan pada Piala Dunia kali ini amat sengit namun saya masih menaruh harapan pasukan kita dapat meraih sekurang-kurangnya satu kemenangan," katanya.

Malaysia tercorot dalam Kumpulan A tanpa sebarang mata selepas kalah dalam tiga perlawanan sebelum iaitu dengan juara bertahan Australia (4-0), Belgium (6-2) dan England (2-0).

Hoki Piala Dunia

Artikel Lain