suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man City Tawar Lampard Ke Kelab Francais

FRANK Lampard berpeluang mengembangkan kariernya di Australia dan Amerika Syarikat sekiranya menerima tawaran kelab francais Manchester City di New York.

Lampard meninggalkan Chelsea apabila dilepaskan oleh pengendali pasukan itu, Jose Mourinho sebelum dia membantu England dalam aksi Piala Dunia.

City ingin Lampard menjadi pasangan pemain antarabangsa Sepanyol, David Villa sebagai bintang baharu dalam skuad New York City FC.

Lampard juga disasarkan sebagai pemain utama skuad tersebut yang akan memulakan aksi MLS selepas musim bunga ini.

Selain itu, City juga bersedia menawarkan pemain tengah England itu kedalam skuad yang dinamakan semula sebagai Melbourne City dan akan beraksi dalam Liga-A sepanjang musim sejuk Britain.

Manchester City, Lampard

Artikel Berikut

Artikel Lain