suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jurulatih PKNS FC Wan Jamak 'Direhatkan'

KUALA LUMPUR: Pengurusan pasukan PKNS FC mengambil tindakan drastik dengan merehatkan ketua jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan dan melantik pembantunya, Anuar Abu Bakar untuk mengendalikan pasukan itu buat sementara waktu dalam saingan Liga Super.

Presiden PKNS FC, Siti Zubaidah Abd Jabar berkata keputusan merehatkan Wan Jamak dibuat sebulat suara oleh barisan exco PKNS FC dalam satu mesyuarat tergempar yang diadakan semalam berikutan prestasi hambar dipamerkan skuad 'Semut Merah' dalam saingan liga musim ini.

Keputusan merehatkan Wan Jamak adalah berkuatkuasa serta merta.

"Kita percaya beliau (Anuar) mampu untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan dan sekali gus memperbaiki prestasi pasukan bagi memastikan kita kekal dalam Liga Super pada musim hadapan," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Tugas pertama Anuar adalah mempersiapkan wakil kelab Lembah Klang itu menentang Perak pada aksi ke-18 Liga Super di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

PKNS FC gagal mencatatkan sebarang kemenangan sejak pusingan kedua Liga Super 2014 bermula pada 11 April lepas.

Mereka kini menduduki tangga tercorot Liga Super daripada 12 pasukan dengan kutipan 14 mata selepas beraksi dalam 17 perlawanan.
PKNS FC, Wan Jamak Wan Hassan

Artikel Lain