suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala Dunia: Tamparan Buat Belanda Hilang Khidmat Rafael van der Vaart

Rafael van der Vaart disahkan tersingkir dari skuad Piala Dunia Belanda selepas mengalami kecederaan otot pada kaki kanannya dalam sesi latihan pada Selasa.

PERSEDIAAN skuad Piala Dunia Belanda terjejas apabila penyerang veteran mereka, Rafael van der Vaart, disahkan mengalami kecederaan otot ketika menjalani latihan pada Selasa dan terpaksa diguggurkan dari senarai akhir yang bakal diumum Sabtu ini.

“Kami ingin mengesahkan yang Rafael van der Vaart terpaksa melupakan temasya Piala Dunia Brazil selepas mengalami kecederaan otot pada kaki kanannya dalam sesi latihan pada Selasa dan ketua jurulatih, Louis van Gaal telah membuat keputusan untuk tidak menamakannya dalam skuad akhir yang akan diumumkan Sabtu ini,” demikian menurut satu kenyataan yang disiarkan dalam laman web rasmi Persatuan Bolasepak Belanda.

Pemain tengah Hamburg yang berusia 31 tahun itu, mempunyai pengalaman mewakili Belanda sebanyak 109 kali dan merupakan sebahagian daripada skuad Piala Dunia 2006 dan 2010 yang menyaksikan mereka muncul sebagai naib juara.

Pengumuman mengenai kecederaan van der Vaart ini adalah tamparan yang ketiga buat Belanda selepas mereka kehilangan khidmat pemain Roma, Kevin Strootman dan pemain PSG, Gregory van der Wiel.

Belanda akan memulakan kempen Piala Dunia mereka pada 13 Jun menentang juara bertahan Sepanyol dan selepas itu akan bermain menentang Australia serta Chile dalam Kumpulan B yang dilabelkan sebagai 'kumpulan maut'.

Artikel Berikut

Artikel Lain