suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Caterham Bukan Untuk Dijual - Tony Fernandes

LONDON: Pemilik Caterham Formula One, Tan Sri Tony Fernandes menafikan dakwaan bahawa pasukan itu akan dijual. 

Beliau yang juga pengerusi pasukan bola sepak Inggeris, Queens Park Rangers (QPS) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia turut mengumumkan pasukan tersebut melihat kemungkinan menarik pelabur luar.

Tony mengeluarkan kenyataan tersebut di sini pada Selasa selepas timbul khabar angin di Malaysia dan Asia Barat mengenai kemungkinan beliau akan menjual pasukan itu.

“Caterham Group bukan untuk dijual. Kami sayang apa yang kami bina dan kami sedang merangka pelaburan tambahan. Tiada bezanya (Caterham) dengan bagaimana kami memulakan AirAsia. 

“Memanglah kami sentiasa berdepan cabaran dan membuat keputusan mengenai segala-galanya daripada struktur hinggalah projek dalam kumpulan. Ini adalah perkara biasa dalam perniagaan. Jadi itu tidak bermakna kami akan menjualnya,” katanya. 

Tony, individu ke-28 terkaya di Malaysia mengikut senarai Forbes, membeli Caterham pada 2010.

Namun pasukan lumba itu tidak pernah meraih sebarang mata pada musim 2012 dan 2013.

Caterham, Tony Fernandes, F1

Artikel Lain