suria

Piala Thomas: Khairy Sampaikan Harapan Rakyat Malaysia

NEW DELHI: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tiba di New Delhi untuk memberi sokongan kepada pasukan Malaysia yang akan menentang Jepun pada perlawanan akhir Piala Thomas di Stadium Tertutup Siri Fort di sini, Ahad.

"Alhamdullilah, baru saja tiba di New Delhi dengan selamat. Akan terus bertemu dengan skuad Malaysia dan nyatakan sokongan padu seluruh rakyat Malaysia kepada mereka," menurut catatan Khairy dalam twitternya.

Beliau juga memuat naik gambarnya bersama-sama semua pemain dalam pasukan sebelum bertolak ke stadium dengan diiringi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di India Datuk Naimun Ashakli Mohammad.

Skuad badminton negara mara ke perlawanan akhir Piala Thomas 2014 selepas menundukkan Indonesia 3-0 di sini pada Jumaat.

Kali terakhir Malaysia beraksi dalam perlawanan akhir kejohanan berprestij itu adalah 12 tahun lepas dan kali terakhir Malaysia menjulang Piala Thomas adalah 22 tahun lalu (1992).
Piala Thomas, Khairy Jamaluddin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain