suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TMJ Ucap Tahniah Kepada Presiden Baharu FAM

JOHOR BAHARU: Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengucapkan tahniah kepada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang memenangi pemilihan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Ahad.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang kalah dalam pertandingan satu lawan satu untuk jawatan presiden, berharap Tengku Abdullah dapat memberikan pembaharuan dan menukar landskap bola sepak Malaysia.

"Semoga Kebawah Duli Tuanku dapat memberikan pembaharuan dan menukar landskap bola sepak Malaysia. Insya-Allah," katanya dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh laman sosial rasmi Harimau Selatan itu.

Tengku Mahkota Pahang memenangi jawatan presiden selepas mengalahkan TMJ dengan majoriti dua pertiga undi.

Tengku Abdullah memperoleh 27 undi manakala TMJ 12 undi pada kongres FAM ke-50 di Shah Alam, Selangor.

Artikel Sebelum

Artikel Lain