suria

Lambert Puji Hodgson, Yakin England Cipta Kejutan

RICKIE Lambert memuji tindakan Pengurus England, Roy Hodgson yang telah menaikkan keyakinannya sebelum kempen Piala Dunia Brazil bermula.

Lambert berjaya mengetepikan penyerang West Ham, Andy Caroll untuk berada daalm senarai 23 pemain yang mewakili England.

Pemain berusia 32 tahun itu dipilih selepas dia menunjukkan peningkatan luar biasa dalam tempoh empat tahun selepas Piala Dunia 2010.

Pada Piala Dunia 2010, Lambert baru setahun bersama Southampton selepas beraksi dalam divisyen tiga bola sepak Inggeris.

Lambert kini dilaporkan telah bersedia untuk bersaing dalam aksi Piala Dunia pertama bagi dirinya menentang Itali, Uruguay dan Costa Rica.

"Hodgson sangat bijak dan cekap sejak pertama kali saya menemuinya selepas menyertai skuad England.

"Dia sentiasa memberikan saya keyakinan dan kepercayaan, Sebab itulah saya perlu berusaha mencapai sesuatu bagi membalas kepercayaan Hodgson," katanya.

Selain Lambert, dua lagi pemain Southampton iaitu ketua pasukannya, Adam Lallana dan Luke Shaw turut disenaraikan sebagai pemain England.

Pemain itu juga percaya, skuad England mampu mencipta kejutan menerusi taktikal Hodgson dan strategi yang ampuh ketika bertemu lawan kelak.

England

Artikel Berikut

Artikel Lain