suria

David Luiz Pemain Pertahanan Termahal Dunia

DAVID Luiz telah lulus ujian kesihatan dan bersetuju dengan perjanjian untuk bersama Paris Saint Germain (PSG) dengan yuran perpindahan yang memecah rekod pembelian pemain pertahanan dunia iaitu sebanyak £50 juta dari Chelsea.

The Blues mengumumkan perghijrahan Luiz di laman webnya pada Jumaat dengan berkata, " Kelab Bola Sepak Chelsea dan Paris Saint Germain telah bersetuju dengan syarat perpindahan David Luiz ke kelab Perancis."

"Perpindahan kini menjurus kepada persetujuan peribadi Luiz berhubung syarat yang diletakkan oleh PSG selepas dia lulus ujian kesihatan," katanya lagi.

Luiz, 27, kini merupakan pemain pertahanan termahal di dunia mendahului dua pemain PSG iaitu Marquinhos dan  Thiago Silva.

Wakil PSG telah diterbangkan ke Brazil bagi melengkapkan ujian kesihatan Luiz yang berada di kem latihan skuad Piala Dunia negara tersebut.

Dengan perpindahan itu juga, Luiz turut mencatat rekod pemain pertahanan termahal yang dibeli di Liga Perdana Inggeris sejak 12 tahun lalu menerusi penghijrahan Rio Ferdinand dari Leeds ke Manchester United yang bernilai £30 juta.












PSG, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain