suria

Evra Lanjut Kontrak Bersama United

Patrice Evra
PATRICE Evra telah menandatangani kontrak lanjutan selama setahun dengan Manchester United.

Pemain Perancis itu sebelum ini mempertimbangkan meninggalkan United selepas lapan tahun bersama kelab itu, tetapi membuat keputusan untuk melanjutkan kontraknya yang akan tamat tempoh minggu depan.

Awal minggu ini Evra juga dilaporkan mengadakan rundingan dengan Juventus.

Lanjutan kontrak Evra disambut baik oleh majoriti penyokong United yang menyayangi pemain berusia 33 tahun itu sejak beliau menyertai kelab pada tahun 2006 dari Monaco.

Evra juga terkenal dengan kemahiran memimpin.

Bekas pemain pertahanan Nice yang bermain 379 kali untuk United ini juga menunjukkan aksi yang baik musim lalu di bawah David Moyes.

Beliau menjaringkan gol yang menakjubkan untuk meletakkan United di depan ketika bermain di Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara.

Artikel Lain