suria

Gimnastik Berirama Azam Pertahan Emas

KUALA LUMPUR: Skuad gimnastik berirama menyasarkan satu pingat emas pada temasya Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland, Julai ini sekali gus mengulangi pencapaian di New Delhi, pada edisi lepas.

Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) A. Razak Mat Amin berkata sasaran satu emas adalah realistik berdasarkan aksi cemerlang dalam beberapa kejohanan dan pencapaian di India pada Sukan Komanwel ke-10 yang lepas.

Seramai 11 atlet gimnas kebangsaan akan mewakili negara dalam dua kategori iaitu dua atlet dalam acara gimnastik artistik lelaki, enam atlet gimnastik artistik wanita dan tiga atlet gimnastik berirama, katanya pada Jumaat.

"Mereka akan berlepas ke China untuk menjalani latihan intensif di sana dalam masa terdekat dan akan terus ke Scotland," katanya.

Malaysia pernah meraih pingat emas menerusi acara gelung individu dan dua gangsa dalam acara tali serta individu keseluruhan, ketiga-tiganya hasil sumbangan Elaine Koon pada Sukan Komanwel di New Delhi.

Komanwel

Artikel Lain