suria

PSG Sambar David Luiz

DAVID Luiz kini diambang menyertai Paris St Germain (PSG) dalam tempoh 48 jam menerusi perpindahan sensasi bernilai £50 juta.

Perpindahan pertahanan Chelsea berusia 27 tahun itu bakal memecah rekod pembelian pemain pertahanan dunia yang pernah dilakukan termasuk oleh PSG ketika mendapatkan Marquinhos dan Thiago Silva.

Sebaik sahaja yuran perpidahan dipersetujui Stamford Bridge, PSG dijangka akan meminta kebenaran daripada pengendali Brazil, Luiz Felipe Scolari untuk menerbangkan pemain berkenaan dari kem latihan negara tersebut ke Perancis untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

PSG setakat ini percaya mereka telah mendapatkan seorang pemain pertahanan terbaik dunia dan bersedia membayar yuran seperti yang dituntut Chelsea.

Kelab itu juga cuba mengurangkan risiko perbelanjaan mendapatkan pemain sebelum suasana menjadi lebih sibuk selepas kempen Piala Dunia.

Rekod perpindahan pemain pertahanan tertinggi yang pernah dicatatkan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) ialah melibatkan penghijrahan Rio Ferdinand dari Leeds ke Manchester United dengan yuran sebanyak £30 juta pada 12 tahun lalu.

Sumber mengatakan PSG terpaksa bertindak demikian bagi memenangi saingan mendapatkan Luiz yang turut diburu Barcelona dan Bayern Munich.

Dengan yuran setinggi itu, Chelsea dijangka akan mendapatkan Diego Costa selain membentuk semula pasukan berkenaan yang dikendali oleh Jose Mourinho.

Brazil, PSG, Chelsea

Artikel Berikut

Artikel Lain