suria

Piala Thomas: Jepun Tewaskan Juara Bertahan China, Mara Ke Final

Kenichi meraih mata pertama menewaskan Chen Long pada aksi separuh akhir, Jumaat.

KUALA LUMPUR: Pasukan Jepun mara ke final mengetepikan juara bertahan China pada aksi separuh akhir Piala Thomas yang berlangsung di New Delhi, Jumaat.

Jepun mencatat kemenangan pertama melalui pemain utama mereka, Tago Kenichi yang menundukkan Chen Long 13-21 11-21 dalam tempoh 43 minit.

Mata kedua dipungut oleh pemain beregu Hayama Kenichi/Endo Hiroyuki mengetepikan Chao Biao/Hong Wei, 20-22 19-21.

Manakala mata kemenangan diraih menerusi Momota Kento dengan menewaskan Du Pengyu, 25-23 18-21 14-21 0-1.

Jepun mencatat rekod ke final selepas kali terakhir pada tahun 1967, manakala aksi  2010 layak ke separuh akhir.

Manakala China bergelar juara sebanyak sembilan kali iaitu 1982, 1986, 1988, 1990, 2004, 2006, 2008, 2010 dan 2012.

Piala Thomas, Jepun, China, Separuh Akhir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain