suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasukan Kelab Malam Mampu Kalahkan Man United - Hodgson

ROY Hodgson mendakwa mampu melatih pasukan kelab malam untuk mengalahkan Manchester United jika diberi tempoh selama enam hingga tujuh bulan.

Pengurus England itu yakin dapat mewujudkan pasukan Kelab Malam Dog and Duck XI untuk menyekat Robin Van Persie dan Wayne Rooney daripada menjaringka gol jika diberi lokasi latihan untuk diajar taktik yang betul.

Hodgson mendakwa mampu melatih skuad Kelab Malam Dog and Duck XI yang terdiri daripada individu biasa untuk menang keatas juara 20 kali Liga Perdana Inggeris. 

Hodgson yang kini berada di Portugal bersama skuad England untuk persediaan saingan Piala Dunia pada bulan depan membuat dakwaan tersebut di majalah World Soccer.

"Kamu mampu menyusun pemain dari kelab malam untuk memenangi Manchester United.

"Beri saya enam bulan dan saya akan menyediakan pasukan itu," katanya bagi mengkritik pengurus kelab yang dianggap lebih rendah daripada kedudukan seorang pengendali skuad kebangsaan.

"Saya menganggap diri sebagai seorang peguam. Saya belajar untuk menjadi lebih profesional dan suka berfikir untuk kerjaya yang sedang dilaksanakan," jelasnya.

Pembaca majalah tersebut yang terdiri daripada penyokong United kemudian mengkritik kenyataan Hodgson.

Malah mereka sedang menunggu kegagalan England pada Piala Dunia untuk memalukan Hodgson.



Manchester United

Artikel Lain