suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kekasih Shakira, Gerard Pique Setuju Sambung Kontrak Dengan Barca

PEMAIN pertahanan Barcelona, Gerard Pique yang juga kekasih kepada penyanyi pop dari Colombia, Shakira telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian kontrak baru untuk membolehkannya terus kekal di kelab itu selama empat tahun lagi sehingga 2019.

Kontrak asal pemain Sepanyol berusia 27 tahun itu akan tamat menjelang Jun tahun depan.

Pique sebelum ini pernah bermain untuk Manchester United antara 2004 hingga 2008.

Sejak menyertai Barca, Pique telah bermain sebanyak 266 kali dan memenangi empat kejuaraan liga dan Liga Juara-Juara Eropah sebanyak dua kali.

Sebelum ini, Lionel Messi turut menurunkan tandatangannya untuk terus kekal bersama Barca manakala bekas kapten, Luis Enrique telah kembali sebagai pengurus mereka yang baru.

Barca juga telah mengumumkan pembelian penjaga gol baru dari Jerman, Marc-Andre Ter Stegen manakala beberapa pemain veteran seperti Victor Valdes, Carles Puyol dan Jose Manuel Pinto telah bersara atau meninggalkan kelab itu untuk menyertai kelab lain.

Persaraan Puyol bermakna Barca hanya mempunyai Pique sebagai satu-satunya bek tengah pasukan itu musim depan melainkan mereka membeli pengantinya.

Artikel Lain