suria

Barcelona Perkenal Jersi Baharu

BARCELONA memperkenalkan jersi baharu bagi mengharungi musim 2014-15 dengan menggabungkan bakat muda dan berpengalaman sebagai model.

Jersi keluaran Nike itu diperkenalkan selepas pasukan tersebut terlepas untuk menjuarai La Liga musim ini yang menjadi milik Atletico Madrid.

 

Jersi berbelang itu diwarnai dengan biru gelap dan merah yang antara lain memberikan imej lebih garang.

 

Dalam gambar pengenalan jersi tersebut, The Catalan  mengabungkan pemain daripada pasukan Barcelona B iaitu Sergi Samper, Edgar Ie, Jean Marie dan Dongou Tsafack manakala  Neymar, Andres Iniesta, Gerard Pique, Xavi, Lionel Messi dan Sergio Busquets tampil sebagai bintang utama.

Pembaharuan yang dilakukan terhadap jersi tersebut ialah dua belang di depan dan belakang berbanding lima belang kecil bagi yang lama.

 

Bersama jersi baharu itu, Barcelona turut melantik bekas pemain tengahnya Luis Enrique, sebagai pengurus baharu selepas Gerardo Martino dipecat.

Bekas pengendali Celta Vigo berusia 44 tahun itu diberikan kontrak selama dua tahun.


Barcelona

Artikel Lain