suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Van Persie Pilihan Kapten United Bukan Rooney

BAKAL pengurus Manchester United, Louis van Gaal membayangkan untuk menyerahkan tugasan ketua pasukan kepada Robin van Persie.

Van Gaal yang telah melantik Van Persie sebagai ketua pasukan skuad Belanda memberi bayangan tersebut kerana enggan menyerahkan lilitan penting itu kepada Wayne Rooney.

Rooney sebelum ini bakal dilantik sebagai ketua pasukan tetap United dibawah kendalian David Moyes yang telah dipecat.

Van Gaal dikatakan terpikat terhadap kesungguhan Van Persie selepas pemain berusia 30 tahun itu berjaya menjaringkan gol yang memukaunya ketika Belanda menentang Ecuador dalam sesi pemanas badan Piala Dunia yang berakhir dengan keputusan 1-1.

Semasa penghujung musim Liga Perdana Inggeris, Van Persie terpaksa direhatkan selama enam minggu kerana mengalami kecederaan.

"Walaupun baru pulih daripada kecederaan tetapi Van Persie mampu bermain dengan baik serta menjaringkan gol yang memukau, dia memang hebat," luah Van Gaal.

Manchester United

Artikel Lain