suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arsenal Julang Piala Pertama Selepas 9 Tahun

Pemain-pemain Arsenal meraikan gol kemenangan mereka dalam perlawanan akhir Piala FA Inggeris di Stadium Wembley, London pada Sabtu.

ARSENE Wenger menebus kekecewaan sembilan tahun berjuang tanpa sebarang trofi dengan mengemudi Arsenal muncul juara Piala FA Inggeris menumpaskan Hull City 3-2 selepas masa tambahan.

Untuk lapan minit pertama perlawanan berlangsung, Hull bermain bagaikan bakal juara apabila mereka terlebih dahulu mengejutkan Arsenal dengan mendahului pada minit keempat menerusi jaringan James Chester dan empat minit kemudian sekali lagi menerusi Curtis Davies.

Wenger menjulang trofi Piala FA.

Tetapi Arsenal cepat membalas dengan jaringan pemain tengah Sepanyol, Santi Cazorla pada minit ke-17.

Laurent Koscielny menjadikan kedudukan terikat 2-2 pada minit ke-71 dan situasi ini terus kekal sehinggalah permainan penuh tamat.

Selepas separuh masa pertama waktu tambahan kedudukan masih tidak berubah sehinggalah Aaron Ramsey menjaringkan gol kemenangan Arsenal pada minit ke-109.

Jaringan tersebut menyentap rentap Hull dan mengecewakan pengurus Hull, Steve Bruce yang sepanjang kariernya pernah menjulang piala ini sebagai pemain ketika bersama Manchester United dahulu.

Arsenal: Fabianski; Sagna, Mertesacker, Koscielny, Gibbs; Arteta, Ramsey; Cazorla, Ozil, Podolski; Giroud.

Simpanan: Szczesny, Vermaelen, Rosicky, Wilshere, Monreal, Flamini, Sanogo.

Hull: McGregor; Elmohamady, Davies, Bruce, Chester, Rosenior; Livermore, Huddlestone, Meyler, Quinn, Fryatt.

Simpanan: Figueroa, Koren, McShane, Boyd, Sagbo, Harper, Aluko.

Artikel Lain