suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dietmar Hamann Cadang Liverpool Dapatkan Ashley Cole

Ashley Cole. Foto AFP

BEKAS pemain Liverpool, Dietmar Hamman mencadangkan pasukan itu untuk mengambil Ashley Cole, dengan melihat pemain Chelsea tersebut mempunyai kualiti.

Kontrak Cole bersama Chelsea akan tamat pada akhir musim ini. Sehingga kini masih belum ada tanda-tanda pasukan itu akan melanjutkan kontraknya. 

Oleh itu, Hamann mencadangkan supaya bekas kelabnya Liverpool untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 33 tahun itu. 

"Cole tidak selalu bermain pada musim ini tetapi saya melihat dia ketika melawan Liverpool dan Atletico Madrid, dan aksinya sungguh luar biasa," kata Hamann. 

"Dia masih mempunyai kualiti yang bagus. Sama ada saya dari Liverpool atau Tottenham, saya akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya (Cole) untuk tempoh setahun atau dua tahun kerana dia masih pemain yang tertas," kata Hamann, anak kelahiran Jerman itu. 

Artikel Berikut

Artikel Lain