suria

Boon Heong Menanti Siapakah Pasangan Regunya Pada Piala Thomas

Tan Boon Heong. Foto IZZRAFIQ ALIAS / THE STAR

PETALING JAYA: Tan Boon Heong, yang merupakan seorang pemain badminton beregu teratas dalam zaman kegemilangannya, tidak akan bersama dengan pasangannya pada kejohanan akhir Piala Thomas yang kelima buat beliau, selepas rakannya Koo Kien Keat keluar dari pasukan kebangsaan awal tahun ini.

Sementara Kien Keat menyertai kelab profesional Granular di Thailand, Boon Heong pula akan mengambil peranan sebagai mentor dengan sesiapa yang akan menjadi pasangan regunya pada Piala Thomas di New Delhi dari 18 sehingga 25 Mei ini.

Pasangan regu selama tujuh tahun antara Boon Heong dan Kien Keat mencatatkan pingat emas Sukan Asia, perak bagi Kejohanan Dunia dan gelaran All- England.

Pemain regu lain yang akan bermain pada Piala Thomas kali ini adalah Hoon Thien How, Lim Khim Wah, Goh V Shem, Tan Wee Kiong dan Chan Peng Soon, di mana Boon Heong boleh menjadi pasangan regu di antara mereka.

Beliau bekerjasama dengan Ow Yao Han untuk Grand Prix Emas Terbuka Malaysia, Terbuka India dan Terbuka Singapura pada bulan lepas.

Bagaimanapun, Yao Han tidak berada dalam skuad Piala Thomas dan Boon Heong berkata, beliau bersedia untuk menjadi pasangan regu kepada sesiapa sahaja, termasuk Thien How, yang bersama-sama dengan beliau ketika merangkul gelaran remaja dunia pada 2004.

"Ini merupakan latihan berpusat selama 10 hari dan jurulatih tidak memaklumkan kepada kami siapakah pasangan rebu maka kami semua perlu bersedia untuk menjadi pasangan sesiapa pun.

"Saya telah dipasangkan dengan pemain yang berbeza sebelum ini.

"Saya juga mempunyai peranan untuk bermain sebagai pemain beregu yang paling berpengalaman. Yang lain tidak mempunyai pengalaman sebanyak saya dan Thien How," katanya.

Boon Heong mencatatkan kenangan paling manisnya pada akhir Piala Thomas 2010 di Kuala Lumpur ketika itu berpasangan dengan Kien Keat bagi mengalahkan Mathias Boe-Carsten Mogensen dalam perlwanan suku akhir menentang pasukan Denmark.

Malaysia memasuki pusingan separuh akhir namun ditewaskan oleh China dengan 0-3.

Anak kelahiran itu membuat kemunculan pertama dalam kejohanan akhir pada 2006 di Tokyo sebagai pasangan ketiga dengan chew Choon Eng.

Dalam kejohanan akhir di Indonesia pada 2008, beliau merupakan pasangan pada kedudukan kedua dengan Kien Keat tetapi tidak begitu mengagumkan.

Pada Piala Thomas kali ini, Malaysia berada dalam Kumpulan C bersama Korea Selatan, Jerman dan India.

Artikel Lain