suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jerman Umum Skuad Awal Piala Dunia: Sami Khedira Masuk, Mario Gómez Tersingkir

Ozil dan Mertesacker, dua pemain Arsenal yang disenaraikan dalam skuad kebangsaan Jerman untuk Piala Dunia

> Joachim Löw namakan 30 pemain

> Pemain remaja Schalke, Leon Goretzka & Max Meyer antara yang mengejutkan disenaraikan

> Hanya senaraikan dua penyerang sahaja

TRIO Arsenal, Lukas Podolski, Mesut Ozil dan Per Mertesacker adalah antara nama yang disenaraikan dalam skuad awal Piala Dunia Jerman.

Jurulatih Joachim Low yang mengumumkan senarai 30 pemain Jerman untuk Piala Dunia di Brazil bulan depan akan mengecilkan skuad 30 orang ini kepada hanya 23 nama sebagaimana yang diminta oleh Fifa.

Mertesacker merupakan pemain Jerman yang paling konsisten dan cemerlang sepanjang musim ini di dalam skuad Arsenal dan pemilihannya tidaklah mengejutkan sama sekali.

Podolski pula walaupun mendapati peluangnya di Arsenal agak terhad sejak ketibaan pemain Perancis, Olivier Giroud, tetapi masih berupaya menjaringkan 12 gol sepanjang musim ini.

Penyerang Chelsea, Andre Schurrle turut tersenarai.

Sementara itu pemain tengah Real Madrid, Sami Khedira turut disenaraikan walaupun banyak menghabiskan masa musim ini di bilik rawatan kerana kecederaan lutut yang dialaminya.

Juga agak mengejutkan kerana bekas penjaga gol skuad remaja Manchester United, Ron-Robert Zieler dan juga bekas pemain remaja Everton, Shkodran Mustafi menjadi pilihan Low.

Low juga hanya menamakan dua orang penyerang ortodoks sahaja di dalam skuad awalnya ini iaitu pemain veteran Klose dan pemain baru Volland.

BERIKUT ADALAH SENARAI PENUH PEMAIN-PEMAIN SKUAD AWAL PIALA DUNIA JERMAN:

Penjaga Gol: Neuer, Weidenfeller, Zieler.

Pertahanan: Durm, Boateng, Grosskreutz, Howedes, Hummels, Jansen, Lahm, Mertesacker, Mustafi, Schmelzer.

Tengah: Lars Bender, Draxler, Ginter, Goretzka, Gotze, Hahn, Khedira, Kroos, Meyer, Thomas Muller, Ozil, Podolski, Reus, Schurrle.

Penyerang: Klose, Volland.

Artikel Lain