suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jaringan Dramatik Mbia Bawa Sevilla Ke Akhir Liga Europa

Pemain Sevilla, Stephane Mbia (kiri) dan Ivan Rakitic meraikan jaringan ketika menentang Valencia pada perlawanan separuh akhir Liga Europa di Stadium Mestalla di Valencia. Foto REUTERS

VALENCIA (Sepanyol): Stephane Mbia menikmati "hari yang terbaik dalam hidup beliau" selepas pemain tengah warga Cameroon itu membawa pasukannya Sevilla ke perlawanan akhir Liga Europa menerusi jaringan pada minit ke-94 di Stadium Mestalla di Valencia awal pagi Jumaat.

Kegembiraan buat kelab Andalusia itu disaksikan dalam perlawanan separuh akhir ketika menentang pesaing La Liganya, Valencia apabila Mbia memberi tandukan yang membawa jaringan ke dalam gawang gol dan akan bersemuka dengan pasukan Benfica dari Portugal di Turin pada 14 Mei depan.

Mbia, yang dipinjamkan dalam Sevilla dari Queen Park Rangers, dari Liga Kejuaraan Inggeris, gembira dengan jaringannya pada minit keempat masa tambahan, dengan kelebihan gol di tempat lawan walaupun tewas 3-1 dengan Valencia.

"Saya berasa amat gembira kerana persaingan kedua-dua pasukan kelihatan amat sukar," kata Mbia dalam satu temubual stesen televisyen.

"Jaringan itu sesuatu yang luar biasa," tambah bekas pemain Olympique Marseille yang berusia 27 tahun itu.

"Jaringan ini adalah untuk keluarga saya, bapa saya dan ibu saya. Saya sangat tersentuh (dengan kejayaan ini).

"Ia adalah saat yang paling gembira dalam hidup saya. Ia adalah penting untuk pergi ke Turin selepas bekerja keras selama ini."

Sevilla dalam langkahnya untuk mengulangi kejayaan mereka dalam kejohanan kedua tertinggi di Eropah dari tahun 2006 dan 2007 apabila ia sebelum ini dikenali sebagai Piala UEFA.

Stephane Mbia, Liga Europa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain