Latihan selama tiga hari itu dianggap sebagai satu percaturan luar biasa kerana kebiasaannya latihan akan dijalankan di Bukit Kiara.
Mereka yang terlibat dalam latihan di Kelantan ialah regu Woon Khe Wei-Vivian Hoo, Amelia Anscelly-Soong Fie Cho dan Lee Meng Yean-Lim Yin Loo.
Difahamkan, tindakan itu dilakukan berdasarkan saranan Presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff yang juga Presiden Persatuan Badminton Kelantan bagi memberikan suasana baharu kepada pemain.
"Walaupun latihan di Kelantan merupakan sesuatu yang baru tetapi ia dapat memberikan manfaat kepada pemain dan tidak salah kalau kita mencuba.
"Malah jurulatih kami iaitu Rosman juga berada bersama untuk memberi sokongan selain memantapkan aksi setiap pemain," kata Vivian Hoo.


