suria

Kepulangan Koo Kien Keat

KUALA LUMPUR: Bekas atlit beregu badminton negara, Koo Kien Keat boleh kembali untuk cabaran akhir Piala Thomas.

Pemain perseorangan nombor satu dunia,  Lee Chong Wei mencadangkan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk membawa balik Kien Keat bagi mengukuhkan pasukan Malaysia ke pusingan akhir yang akan diadakan di New Delhi pada 18-25 Mei ini.

Hingga kini lima pemain beregu disahkan bermain iaitu Hoon Thien How-Tan Wee Kiong, Lim Khim Wah-Goh V Shem dan Tan Boon Heong.

Jurulatih akan memilih sama ada Chan Peng Soon atau Ow Yao Han sebagai pemain keenam tetapi pemilihan perlu disahkan oleh BAM pada 3 Mei.

Kien Keat sebelum ini pernah bergandingan dengan Boon Heong dan mereka memenangi beberapa kejohanan termasuk Sukan Asia 2006 dan Piala All- England pada 2007 dalam tempoh 7 tahun setengah.

Kien Keat, 29, mengambil keputusan untuk meninggalkan BAM pada Mac dan kemudiannya Granular iaitu kelab badminton Thailand yang berpangkalan di Bangkok.

Chong Wei percaya bahawa kemasukan Kien Keat akan memberi lebih banyak pilihan kepada jurulatih.

"Saya berkongsi idea ini dengan jurulatih beregu. Saya juga telah bercakap dengan Kien Keat dan dia juga OK untuk membuat kemunculan semula. Ia hanya bergantung sama ada BAM sanggup membiarkan dia kembali," kata Chong Wei selepas sesi latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain