suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gambar Hiasan.

MELBOURNE: Atlet lumba basikal Malaysia yang menjalani latihan terkejut apabila Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerima jemputan untuk berbasikal bersama di sepanjang jalan di sini, Selasa.

Dalam cuaca sejuk sehingga menusuk tulang dan keadaan jalan basah, Khairy berbesar hati menyarungkan baju lengan panjang yang diberi kepadanya untuk memanaskan badan.

Selepas berbasikal ke St Kilda dan kembali semula ke hotel, Khairy menjemput atlet lumba basikal itu untuk bersarapan bersamanya sambil menerangkan mengenai program berbasikal dan harapan negara kepada mereka.

Jurulatih acara berbasikal negara, John Beasley berkata, pelumba negara seronok dapat pengalaman berbual dengan menteri ketika menjalani latihan sejam itu.

"Semua pelumba juga gembira apabila menteri meluangkan masa bersama mereka daripada jadualnya yang padat untuk bertemu atlet negara," katanya.

Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne Datuk Dr Mohd Rameez Yahaya berkata beliau sering berhubung dengan atlet lumba basikal itu yang disifatkannya sebagai kumpulan yang riang.

Khairy berada di Melbourne untuk berucap kepada pelajar Malaysia di sini dalam satu konvensyen yang berlangsung tiga hari.


Artikel Berikut

Moyes Akhirnya Dipecat

Artikel Lain