suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Klopp Diundi Ganti Moyes

Jurgen Klopp

PENGENDALI Borussia Dortmund, Jurgen Klopp menjadi pilihan utama penyokong Mancehster United untuk mengambil alih tempat David Moyes menerusi undian yang dilakukan oleh portal berita Metro.co.uk.

Dalam undian itu Klopp mengatasi lima jurulatih lain termasuk Alex Ferguson, Louis Van Gaal, Carlos Queiroz dan Ryan Giggs.

Harapan penyokong disandarkan kepada Klopp selepas jurulatih itu berjaya membawa Borussia Dortmund mencapai keputusan memberangsangkan dalam tempoh 12 bulan termasuk menyaingi kehebatan Bayern Munich.

Dalam undian itu, Klopp mendapat 55.64 peratus manakala Van Gaal (14.43), Giggs (14.18), Ferguson 11.74 dan yang terakhir adalah Queiroz yang pernah menjadi pembantu jurulatih di United.

Keputusan untuk membawa Ferguson kembali sebagai jurulatih merupakan proses jangka masa pendek bagi memperkemaskan pasukan.

Bagaimanapun, laporan portal berita dan akhbar sukan utama di England menjangkakan bahawa Van Gaal dan Klopp antara jurulatih yang akan menggantikan Moyes.

Khabar angin mengenai pemecatan Moyes juga semakin kuat diperkatakan selepas United tewas kepada Everton 0-2 hujung minggu lalu.

Artikel Lain