suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man City Tewaskan West Brom 3-1

Pemain Manchester City, Pablo Zabaleta (tengah) membuat jaringan pembuka tirai ketika pasukan itu menentang West Bromwich Albion dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad di Manchester. Foto EPA

MANCHESTER City mencatatkan kemenangan menerusi tiga jaringan ketika menentang West Brom dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, Manchester awal pagi Selasa.

Ketiga-tiga jaringan itu berjaya dilakukan pada separuh masa pertama bagi mengalahkan West Brom, dan terus menyaingi pencabar Liverpool dan Chelsea.

Manchester City meraih jaringan pembuka tirai menerusi aksi Pablo Zabaleta pada permulaan perlawanan menerusi minit ke-3.

Kecemerlangan pasukan itu terus disaksikan menerusi persembahan agresif Sergio Aguero yang mencatatkan jaringan kedua pada minit ke-9.

Pada minit ke-16, West Brom cuba untuk menembusi gawang pasukan lawan dan berjaya meraih satu jaringan pada minit ke-16 menerusi sepakan kencang Graham Dorrans.

Bagaimanapun, Manchester City berjaya memperkukuhkan kedudukannya menerusi jaringan ketiga yang dilakukan oleh Martín Demichelis pada minit ke-36.

Tiada sebarangan aksi bermakna mahupun jaringan yang di antara kedua-dua pasukan namun menyaksikan Manchester City mengakhiri perlawanan dengan kemenangan 3-1.


Artikel Berikut

Keputusan Liga Divisyen Satu

Artikel Lain