suria

Ranking: Elak Tewas Pada Aksi Bertemu Filipina - Kim Swee

Kim Swee mahu anak buahnya mengutip kemenangan pada aksi bertemu Filipina 27 April ini.

PETALING JAYA: Malaysia bakal berdepan dengan perlawanan antarabangsa kelas A bertemu dengan Filipina pada 27 April ini sekaligus memberi mata kepada kedudukan ranking dunia  skuad Harimau Malaya.

Jurulatih sementara skuad negara, Datuk Ong Kim Swee mahu aksi ini tidak disia-siakan selepas terikat seri 0-0 pada pertemuan pertama di Stadium Selayang 1 Mac lalu.

"Sudah tentu kita tidak mahu kalah kerana ini boleh memberi kesan kepada kedudukan ranking kita.

"Pemain-pemain telah mendaftar diri pada Isnin, dan rata-rata mereka adalah yang beraksi pada perlawanan Kelayakan Piala Asia di Dubai (8 mac) lalu.

"Saya tidak boleh memanggil ramai muka-muka baharu kerana kekangan masa latihan amat terhad.

"Hanya empat hari berlatih dan Jumaat ini kami akan bertolak ke Filipina.

"Sekurang-kurangnya mereka sudah serasi di antara satu sama lain. Cuma dua orang sahaja muka baharu menggantikan pemain sebelum ini yang tercedera (Amirizwan Taj Tajudin) dengan menggantikan Ronny Harun dan Mohd Norfarhan Mohamad.

"Malah tiga pemain Kelantan dan Selangor akan mendaftar diri lewat kerana terlebat dengan aksi Piala AFC," jelas Kim Swee ketika ditemui di pejabatnya pada Isnin.

Mengenai perlawanan bertemu Filipina ini, Kim Swee berkata, tidak ada perancangan baharu yang akan dipraktikkan.

"Kita kena faham masa yang terhad sukar untuk melakukan banyak perubahan. Apa yang saya akan lakukan ialah memperbaiki strategi sebelum ini kepada yang lebih baik.

"Itu lebih baik kerana Filipina tidak seperti dulu lagi. Mereka menjadi pasukan pilihan dan kita 'under dog'.

"Mereka juga sentiasa ada bersama menjalani latihan dan sebab itulah mereka semakin meningkat," tambah ketua jurulatih Harimau Muda A ini.

Ketika ditanya mengenai penyerang JDT, Norsharul Idlan Talaha yang tidak dipanggil pada aksi kali ini, Kim Swee menjelaskan pemain-pemain yang dipanggil berdasarkan aksi semasa.

"Dia jarang bermain dalam aksi liga dan saya memberi peluang kepada pemain lain," jelasnya ringkas.

Malaysia kini berada di ranking ke-142 dunia, manakala Filipina berada di tangga ke-143 dunia.

Nama Pemain Negeri / Kelab 1

1.Mahali Jasuli -Johor Darul Takzim 

2. Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak -Johor Darul Takzim 

3. Mohd Fadhli Mohd Shas -Johor Darul Takzim 

4. Mohd Amri Yahyah- Johor Darul Takzim 

5. Safiq Rahim -Johor Darul Takzim 

6. Mohd Asraruddin Putra -Johor Darul Takzim 

7. Mohd Safee Sali- Johor Darul Takzim 

8. Baddrol Bakhtiar- Kedah 

9. Khairul Fahmi Che Mat -Kelantan 

10. Ahmad Fakhri Saarani -Kelantan 

11. Mohd Badhri Mohd Radzi- Kelantan 

12. Mohd Khairul Azahan Mohd Khalid- Pahang 

13. Mohd Razman Roslan -Pahang 

14. Azamuddin Mohd Akil -Pahang 

15. Mohd Hafiz Kamal- Pahang 

16. Bobby Gonzalez -PDRM 

17. Ronny Harun -Sarawak 

18. Putera Nadher Amarhan Maderner -Sarawak 2  

19. Mohd Farizal Marlias- Selangor 

20. Bunyamin Umar -Selangor 

21. S. Kunanlan -Selangor 

22. Muhammad Zubir Mohd Azmi- Terengganu 

23. Mohd Norfarhan Mohamad -Terengganu

Manakala empat pemain disenaraikan 'standby'  sekiranya  untuk menggantikan mana-mana pemain yang tersebut di atas  sekiranya terdapat pemain-pemain yang disahkan oleh Doktor Pasukan  mengalami kecederaan iaitun Mohd Izham Tarmizi Roslan (Johor Darul Takzim), S. Subramaniam (Johor Darul Takzim), Muhammad Nazmi Faiz Mansor (PKNS FC) dan Yong Kuong Yong (Pulau Pinang).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain